Sarah Hildebrand selesa tidak bersolek

Sekiranya tiada tuntutan kerja, pelakon dan model, Sarah Hildebrand lebih gemar bergaya ringkas tanpa sebarang solekan di wajahnya.

"Kalau bukan kerana kerja, saya memang jarang pakai mekap.

"Saya lebih selesa begitu kerana skin have to breath same like us.

"Sebab itu saya lagi suka bila tak pakai mekap," katanya pada Kakigosip.

Biarpun tanpa solekan, selebriti berusia 27 tahun ini tetap yakin untuk bertemu dengan orang ramai.

"Biasanya, bila saya tak pakai mekap, orang sekeliling tidak begitu mengenali saya.

"Ada yang nak menegur tapi takut tersalah orang.

"Tapi, sebenarnya saya tak kisah pun," katanya.

Pada masa sama, Sarah baru sahaja dilantik sebagai duta bagi produk kecantikan, Safi Balqis selama dua tahun.