Rumah Dipecah Masuk, Alanis Morissette Rugi Lebih RM8 juta

Kediaman milik Alanis Morissette yang terletak di Los Angeles telah dipecah masuk oleh seorang perompak, baru-baru ini.

Penjenayah berkenaan telah melarikan sejumlah barang berharga iaitu barang-barang perhiasan bernilai USD2 juta (kira-kira RM8,900,000)

Laporan US Magazine menyebut, kejadian tersebut berlaku ketika ketiadaan pelantun lagu Ironic itu, yang pergi bercuti bersama keluarganya.

Polis yakin, pencuri terbabit memang sudah lama mensasarkan rumah Alanis selepas penghibur itu memuat naik di Instagram beberapa foto perhiasan mewah.

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada berita itu. Menerusi status di Intagram menunjukkan Alanis kini masih lagi berseronok menikmati percutian bersama keluarganya.