Rizal AF5 Mengaku Susah Nak Buat Comeback

Bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Rizal Ayub mengakui sukar untuk buat  comeback meskipun rezekinya dalam dunia nyanyian masih lagi ada.

Rizal atau nama sebenarnya, Hasfarizal Ayub ketika ditemui memberitahu, misinya pada tahun ini adalah untuk melancarkan sebuah single, seterusnya mahu kembali memeriahkan dunia nyanyian tempatan dengan sisi dan semangat baru.

"Insya-ALLAH, target saya pada tahun ini adalah untuk melahirkan sebuah single baru sekitar April nanti.

"Genrenya masih lagi berentak Pop.

"Benar, bukan mudah untuk saya buat comeback kerana penyanyi baru sedia ada pun punya bakat besar dan pastinya, saĆ­ngan yang hadir juga tinggi.

"Tapi itulah, semangat kena ada dan alhamdulillah, meski jarang penyanyi di kaca TV, namun undangan nyanyian itu masih lagi ada,"luah Rizal sambil melahirkan rasa syukur.

Terdahulu, Rizal sebelum ini pernah mempunyai single berjudul Suatu Ketika yang dirakamkannya pada 2009 lalu.