Rizab kerajaan selangor meningkat, MB Selangor beri isyarat bonus Raya lebih sebulan gaji

Kakitangan kerajaan negeri Selangor dijangka mendapat bonus untuk sambutan Aidilfitri lebih besar tahun ini tetapi jumlah itu tidak dimaklumkan oleh menteri besar.


MB Selangor beri isyarat, bonus Raya lebih sebulan gaji

MB Selangor beri isyarat, bonus Raya lebih sebulan gaji


Berucap di majlis berbuka puasa di Sungai Besar menjelang hari mengundi esok, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak mengumumkan jumlah tersebut agar ia tidak mempengaruhi pengundi.


“Tahun ini, rezab kerajaan negeri meningkat daripada RM3.3 bilion kepada RM4.1 bilion. Jika jumlahnya RM4.1 bilion, saya tidak tahu lagi berapa (bonus Raya).


“Namun ia pasti lebih daripada sebelumnya. Dulu kita beri sebulan gaji (bonus), kali ini tidak boleh sebulan gaji lagi,” kata Azmin, yang juga timbalan presiden PKR.


Tahun lalu, imbuhan sebulan gaji diberikan kepada 17,534 kakitangan awam Selangor sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.


 


Sumber: Projek MMO