Rita hantu cadar!

Hai jumpa lagi. Minggu ini Papa nak kongsi beberapa lagi foto menarik.

Secara dasarnya Papa akui pelakon popular Rita Rudaini bukan jenis yang memilih untuk membeli-belah. Dia juga tak kisah jika berada di tempat khalayak dan banyak mata memandang.

Baru-baru ini Papa ternampak Rita bukan main relaks ‘shopping’ di sebuah gedung perabot terkenal di ibu negara.


Walaupun gedung itu besar dan mempunyai banyak barang, nampaknya Rita lebih banyak habiskan masanya dengan membelek cadar.

Terserlah personaliti sebenar Rita sebagai seorang wanita dan ibu.

Agak terkejut juga Papa kerana bukan satu cadar yang dibelinya tapi beberapa set juga. Rupa-rupanya Rita hantu cadar!

Risik punya risik, memang betullah Rita suka membeli cadar. Dia suka jenis kain kapas yang sejuk, lembut dan cantik di pandang mata.

Satu masa apabila dah penat kaki, Rita dilihat sempat duduk bersila di atas kotak besar di situ. Santai habis!