#1
Rekod dunia 1,500m Ledecky

LOS ANGELES: Juara renang Sukan Olimpik lima kali, Katie Ledecky memecahkan rekod dunia acara 1,500 meter gaya bebas - miliknya sendiri dengan kelebihan lima saat, dalam perlumbaan pertama selaku perenang profesional, sebentar tadi.

-

Perenang berusia 21 tahun dari Amerika Syarikat (AS) itu menamatkan saingan dengan catatan 15minit 20.48 saat (s) pada kejohanan Pro Swim di Indianapolis, sekaligus mengatasi rekod lama, 15:25.48s yang dilakukan pada Kejuaraan Dunia di Kazan pada 2015.

-

-Saya sangat terkejut melihat apabila melihat angka -20s-,- kata Ledecky sambil tertawa kecil kerana menjangkakan dia hanya mampu merekodkan 15.30s.

--

Perlumbaan di Indianapolis ini adalah kejohanan pertama disertai Ledecky sejak bergelar profesional.

-

-Renangan pertama sekalu profesional...saya tidak akan lupakan detik ini,- kata Ledecky, yang mengakui dia tidak merasai sebarang perbezaan selepas bertanding selaku profesional.

-

Sebelum ini, Ledecky merangkul pingat emas acara 800 meter di Sukan Olimpik 2012, diikuti empat lagi emas serta satu perak di Sukan Olimpik Rio 2016, dua tahun lalu.

-

Acara 1,500 meter gaya bebas mungkin akan diperkenalkan di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

-

Ketika ini, Ledecky sudah merekodkan lapan masa terpantas dalam sejarah (ketika kejohanan) sejak 2013 serta 14 rekod dunia dalam karier renang.

-

-Perasaannya ialah seperti tidak pernah berasa tua,- tambah Ledecky, yang belum mencatat rekod dunia baharu sejak berakhirnya Sukan Olimpik Rio, dua tahun lalu.

-

-Saya tahu, saya masih mampu berenang dengan baik. Saya cuma perlu terus berlatih, kerja kuat, melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

-

-Saya tidak tahu jika latihan yang cukup bagus sejak enam minggu lalu berjaya diterjemahkan serta merta di sini atau tidak. Saya turun beraksi dalam keadaan cukup bagus dan cuma mencuba untuk melakukan yang terbaik,-

-

Dia masih mampu untuk terus menyinar di Indianapolis kerana turut bertanding dalam acara 100m, 200m, 400m dan 800m gaya bebas serta 200m dan 400m rampaian individu. - AFP


Norlida Ishak Shop
Comments