Razer Naga Hex V2, Tetikus Khas Untuk DOTA dan LoL

Razer Naga Hex V2 adalah tetikus yang direka khas untuk permainan bergenre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) seperti DOTA 2 dan League of Legends (LoL). Padanya, Razer telah memateri teknologi tetikus paling maju mereka bagi memberikan kelebihan yang nyata kepada pemain permainan MOBA dalam apa jua situasi.


Pada bahagian sisi kirinya terdapat 7 butang yang disusun dalam bentuk bulatan. Kesemua mereka boleh diprogramkan untuk memberikan akses pintas kepada arahan tertentu dalam permainan. Tambah  menarik, pemain boleh memuat turun tetapan yang telah diperhalusi pemain lain untuk digunakan.


160616-razernaga hex v2 grip


Tetikus ini juga menerima sentuhan Razer Chroma. Menggunakan lampu LED yang ada pada tetikus, pemain boleh menetapkan warna yang ingin dipancarkan oleh tetikus untuk disuaipadankan dengan permainan yang dimainkan ataupun personaliti mereka. Sebanyak 16.8 juta jenis warna mampu dipancarkan oleh tetikus ini.


Bersempena dengan pengenalan tetikus itu, Razer menganjurkan satu pertandingan MOBA untuk pemain menakluki permainan DOTA 2 dan LoL menggunakan tetikus baharu mereka. Empat rantau disenaraikan untuk menyertai pertandingan ini. DOTA 2 terbuka buat pemain yang berada di rantau Asia Pasifik, Amerika Utara, dan Eropah manakala LoL terbuka kepada rantau Oceania, Amerika Utara dan Eropah. Jadual pertandingan bolehlah dirujuk di laman rasmi acara itu.


160616-razer moba tournament


Tetikus ini dijual pada harga RM399. Maklumat lanjut tentang Nage Hex V2 boleh didapati di laman rasmi produk itu.


The post Razer Naga Hex V2, Tetikus Khas Untuk DOTA dan LoL appeared first on TheSkop.