Rakyat Malaysia makin yakin membeli-belah dalam talian sempena Raya

Hari Raya merupakan satu masa untuk rakyat Malaysia membeli-belah. Dengan pertumbuhan pelbagai stor dalam talian, ia turut menjadi pilihan pengguna masakini. Untuk memahami perbelanjaan rakyat Malaysia sempena Hari Raya, 11street membuat satu kajian maklumbalas melibatkan 2,000 responden, dari 16 Mei sehingga 6 Jun.


Kajian atas talian ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu corak perbelanjaan, keutamaan dan pilihan platform. Rata-rata berpendapat, perbelanjaan tahun ini akan meningkat berikutan perlaksanaan GST tahun lepas, serta kelemahan Ringgit Malaysia.


CEO 11street Malaysia, Hoseok Kim


Untuk berbelanja khas sempena Hari Raya, lebih separuh responden mula menyimpan wang sekurang-kurangnya sebulan sebelum Hari Raya. Secara purata juga, sebanyak RM900 akan dibelanjakan setiap orang untuk Hari Raya ini. Kajian ini mendapati, rakyat Terengganu paling banyak menyimpan, manakala penduduk Kuala Lumpur paling kurang menyimpan.


Dalam banyak-banyak perkara berkaitan Hari Raya, baju raya mendapat keutamaan tertinggi. 78% responden menyatakan mereka akan membeli baju raya dahulu, sebelum barangan lain seperti kasut, biskut raya dan aksesori. Kajian ini juga mendapati, lelaki kini lebih peka terhadap jenama semasa membeli baju raya.


Survey Raya 11street - pakaian jadi keutamaan


Dari kajian atas talian ini juga, 95% melaporkan bersedia dan bersikap terbuka untuk membeli-belah atas talian. E-dagang bakal menjadi pilihan ramai sempena Hari Raya ini kerana ia mudah dan menjimatkan masa.


E-dagang akan terus memberi impak dalam industri beli-belah negara. Ramai belia sudah mula mendigitalkan perniagaan mereka sebagai tambahan kepada perniagaan biasa. Negeri seperti Kedah, Perak dan Sarawak turut menyaksikan peningkatan dalam penerimaan membeli belah secara digital.


Untuk memenuhi permintaan pengguna sempena Hari Raya ini, 11street menyediakan pelbagai tawaran khas. Kini terdapat lebih dari 6 juta produk, yang dijual oleh 19,000 penjual di 11street.


Survey Raya 11street - Raya Sales


Antara tawaran yang dijalankan seperti Kempen Manis Ramadhan, Meriah Lebaran dengan tawaran diskaun sehingga 90%, dan lebih RM10 juta kupon untuk diberi. 11street turut memberikan kupon petrol BHP bernlai RM10 dalam promosi Balik Kampung, untuk pembelian barangan kenderaan melebih RM100.


11street bekerjasama dengan pereka fesyen tempatan, untuk menyediakan koleksi Raya khas tahun ini dalam kempen Lebaran Luster. Antara pereka fesyen terlibat adalah Adam Liew, Ruzz Gahara, SyomirIzwa Gupta dan VARIANTE.


Survey Raya 11street - Balik Kampung Promo


Selain kempen dan promosi untuk pembeli, 11street juga tidak melupakan mereka yang memerlukan. Kempen Do Good Deals memberi peluang kepada pembeli, untuk membeli belah sambil menderma kepada Yayasan Kebajikan Budimas. Yayasan ini menyediakan makanan setiap hari kepada kanak-kanak yang memerlukan.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai semua kempen dan promosi Hari Raya 11street, sila layari lamanweb www.11street.my atau hubungi 03-2720 0000 untuk keterangan lanjut.


The post Rakyat Malaysia makin yakin membeli-belah dalam talian sempena Raya appeared first on TheSkop.