Rakyat Harus Faham Kepelbagaian Kaum Adalah Kekuatan Malaysia - Annuar Musa

KAJANG, 7 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berpendapat perbezaan kaum serta kepelbagaian agama dan budaya di negara ini seharusnya menjadi kekuatan dalam pembinaan negara Malaysia serta menjadi contoh kepada dunia luar.

Menurut beliau perkara tersebut tidak seharusnya menjadi penghalang kepada yang lebih baik dan apa yang telah dibina selama ini adalah berasaskan kepada kepelbagaian tersebut.

“Perbezaan kaum, perbezaan agama tidak seharusnya menjadi ‘stumbling block’. Itu menjadi kekuatan kepada kita. Kekuatan kita adalah kerana kita ada kepelbagaian kaum, kepelbagaian budaya, agama dan kita harus gunakannya.

“Jangan jadikan itu sebagai penghalang dan kita boleh menjadi contoh kepada dunia bahawa negara kita Malaysia yang telah dibina selama ini berasaskan kepada kepelbagaian.

Lagi http://www.umno-online.my/2017/02/07/jadikan-kepelbagai-kaum-agama-serta-budaya-kekuatan-pembinaan-negara-annuar/