Rakan Dedah Kanye West Pernah Hilang Ingatan

Kanye West yang menjalani rawatan di hospital sekitar tahun lalu akibat mengalami masalah tekanan dilaporkan pernah mengalami hilang ingatan.

Perkara tersebut didedahkan oleh seorang lelaki yang mendakwa dia sudah bekerja dengan Kanye sejak 2000 dikenali sebagai Malik Yusef. Dalam satu temubual, dia berkongsi tentng perkembangan kesihatan suami Kim Kardashian itu.

"Saya sempat mengunjungi rumahnya dan berbual selama enam sehingga tujuh jam dengan Kanye tentang kesehatannya. Ingatannya sudah mulai kembali da ia sangat luar biasa," katanya seperti yang dilaporkan NME.

Bagaimanapun, Malik tidak bercerita lanjut tentang masalah hilang ingatan yang dialami oleh Kanye. Nmaun yang pasti, ketika ini pelantun 'Gold Digger' itu masih dalam proses menjalani rawatan.

"Dia ketika ini masih dalam proses menjalani rawatan, menghabiskan waktu bersama keluarga. Saint semakin membesar dan kini sudah mulai berjalan dan bermain. Masa bersama keluarga semakin membuat Kanye bertambah pulih," tuturnya.