Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Yang Membuatkan Saintis Dunia Terkejut !!!SUBHANALLAH !!





1. Sujud

Sujud merupakan perbuatan melutut di mana kepala diletakkan di bawah menyentuh tanah menggunakan dahi, dan tapak tangan diletakkan selaras dengan telinga. Seluruh berat badan akan terpikul sepenuhnya kepada otot-otot kedua-dua tapak tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher dan otot-otot kaki. Kepelbagaian pergerakan ini memberikan kesan besar yang menyebabkan darah bergerak ke otak manusia. Sujud dipercayai mampu memperbaiki peredaran cerebral pada otak dan mengelakkan penyakit iskemia otak (kekurangan darah di otak).


Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.



Pengaliran darah ke dalam bahagian otak memberikan kesan baik kepada memori, penglihatan, pendengaran, konsentrasi, dan keupayaan kognitif yang lain. Orang solat secara kerap mempunyai kadar sakit kepala yang rendah, kurang masalah fisiologi dan masalah kognitif yang lain.




Keunikan posisi sujud menyebabkan otot leher bergerak. Otot leher boleh menanggung beban apabila dahi diletakkan pada tanah dan ini menyebabkan otot leher bertambah kuat, sekaligus menjadikan kepala dapat diimbang dengan baik.

Sujud juga merupakan satu terapi yang baik untuk penyakit uterus dalam kalangan wanita. Ia membantu mengubah semula posisi rahim, buah pinggang dan membantu mengurangkan tekanan pada paru-paru.


Bagi pesakit obesiti yang ingin menurunkan berat badan bolehlah mengamalkan posisi ini untuk mengurang lemak di bahagian perut kerana posisi ini membolehkan lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut.


2. Duduk Antara 2 Sujud, Tahiyyat

Posisi duduk antara dua sujud membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan usus besar. Posisi ini juga membantu dalam penghadaman dengan menekankan kandungan perut ke bawah.

Posisi tahiyat yang dilakukan dengan bertemunya lipatan paha dan betis boleh meningkatkan pengeluaran peluh. Ini dapat mengeluarkan mineral dan garam-garam berlebihan yang tersimpan pada lipatan paha.



Tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.



Gerakan salam dengan mengerakkan kepala ke kanan dan ke kiri dapat merengangkan otot kepala dan leher. Ia merupakan senaman ringan yang membantu dalam memelihara keanjalan kulit wajah.



Perbuatan Salam membantu merenggangkan sendi leher dan membantu melegakan bahu dan otot bahagian belakang. Ia melancarkan salur darah di bahagian leher dan mengurangkan masalah pening kepala dan migrain.



Semoga perkongsian ini memberikan anda sedikit ilmu pengetahun tentang rahsia solat yang tidak kita ketahui. Ketahuilah solat bukan sahaja merupakan upacara keagamaan, tetapi juga senaman buat tubuh manusia. Moga diri anda kekal sihat dengan solat!







1. Berdiri ketika solat

Menurut Mohammed Faruque Reza dari Pusat Perubatan Jepun mendapati ketika berdiri untuk solat, kita akan cuba untuk fokuskan minda kepada solat. Ini membantu dalam mengurangkan tekanan dan membantu mengawal keseimbangan badan. Berdiri tegak dan lurus akan menjadikan titik beban badan tertumpu pada kedua-dua belah tapak kaki secara seimbang. Rutin ini dipercayai akan melatih menguatkan tulang pada kaki dan membuatkan belakang badan tidak menjadi bengkok.




Ketika berdiri juga, orang yang solat akan mengangkat tangan ke telinga dan membawa tangan kanan di atas tangan kiri pada bahagian abdomen (takbiratul ihram), ketika tangan kanan mengengam tangan kiri aliran darah mengalir meningkat pada bahagian otak post-pusat girus (post-central gyrus). Ia juga membantu membesarkan rongga dada di mana paru-paru akan terasa luas selain otot tangan dapat digerakkan.



Ketika bersolat, kita akan membaca surah-surah di dalam Al-Quran bahasa arab. Seperti yang kita tahu, ketika kita bercakap, otot mulut akan bergerak tidak kiralah jika anda berbahasa apa sekali pun. Jadi pergerakan otot mulut ini akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke bahagian muka, lidah, dan deria mulut dan juga bahagian Broca’s dan Wernicke’s di dalam otak ketika membaca ayat suci Al-Quran.




Bacaan Al-Fatihah mampu menimbulkan rasa rendah diri dan khusyuk kepada pembacanya dengan syarat pembacanya memahami maksud surat tersebut. Dalam bacaan, getaran vokal panjang dapat merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru.


2. Ruku’



Pergerakan badan bergerak ke hadapan dan kedua tangan di lutut dan punggung secara mendatar mengerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Ia dipercayai mampu menguatkan belakang orang yang mempunyai sakit belakang. Selain menguatkan tulang belakang, perbuatan ini mampu menguatkan otot perut. Terapi ini terbukti mampu digunakan sebagai rawatan tahan sakit seperti yang tercatat dalam fisilosofi Yogic.



Ia juga berkesan dalam membantu kelenturan(fleksibili) bahagian bahu, lutut dan buku lali. Pergerakan ruku’ mengenakan tekanan pada bahagian abdomen yang akan memudahkan masalah sembelit dan pergerakan peristaltis(pergerakan otot perut). Buah pinggang juga akan mengalami ‘urutan’ yang membantu dalam permasalahan penyakit buah pinggang.

Dalam kajian mengenai jantung, saintis mendapati posisi sujud mampu mengurangkan dengupan jantung. Kadar dengupan jantung yang rendah untuk sementara waktu memberikan waktu rehat kepada jantung. Ia juga membantu dalam merelakskan saraf tunjang dan mengurangkan risiko tekanan ke atas saraf tunjang.



Saintis di Eropah telah membuat kajian mengenai bagaimana ingin membuang cas positif elektromagnetik yang berbahaya kepada badan manusia. Di dalam kajian terbabit, dia menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk mengeluarkan cas tersebut adalah dengan meletakkan dahi di tanah/lantai, kemudian tanah akan mengeluarkan cas positif badan. Ini sama seperti kejadian kilat apabila kilat menyambar bangunan yang berada di tanah mempunyai cas positif. Kerana itulah anda perlu membuang cas positif supaya tidak disambar kilat!