Putra Naruto; Shah Tapaw Jelaskan Nama Anak

Semalam viral berkenaan satu imej bayi beserta surat beranak yang dipercayai anak kepada pelawak Bintang Mencari Bintang iaitu Shah Tapaw.

Gambar tersebut dimuat naik sendiri menerusi akaun Shah dan kemudiannya setakat ini hampir mencecah empat ribu pengikutnya memberikan 'likes'. Mana tidak, Shah menamakan anak lelakinya Muhammad Putra Naruto.


Shah atau nama sebenarnya Mohd Shah Rizal Sulaiman, 27, bagaimanapun menjelaskan perkara sebenar kenapa berbuat demikian ketika dihubungi Kakigosip.

"Sebenarnya perkara yang dikongsi oleh saya itu tidak betul. Gambar tersebut telah pun di edit dan ia hanyalah gurauan semata-mata dikalangan adik-beradik saya.

"Pada awalnya memang saya terfikir untuk meletakkan nama anak saya Naruto namun mendapat bantahan kerana tidak membawa maksud yang baik. Jadi saya nak juga post ke Instagram," ujarnya.

Untuk rekod, nama sebenar anak kedua pelawak dan pengacara tersebut ialah Muhammad Putra Iyyad Bin Mohd Shah Rizal. Lahir pada 12 Februari jam 1.42 pagi.