Proton lancar Iriz di Indonesia – harga bermula dari RM58,500

Proton hari ini melancarkan model hatchback modern mereka, Proton Iriz untuk pasaran Indonesia. Pelancaran di lakukan di fX Sudirman, sebuah pusat membeli belah di ibukota Jakarta.



Hanya Iriz dengan enjin 1.3L yang diperkenalkan di pasaran Indonesia kerana Proton mahu menggunakan kelebihan cukai Low Cost Green Car (LCGC) atau Kenderaan Kos Mampu Mesra Alam yang hanya diberikan kepada kenderaan kompak berkapasiti di bawah 1,500 cc.


Dua varian yang ditawarkan untuk Indonesia –



  • 1.3L MT Standard dengan transmisi manual dengan harga IDR175,250,000 (RM58,350)

  • 1.3L CVT Standard dengan transmisi CVT auto pada harga IDR185,283,000 (RM61,832)


Rata-rata media Indonesia yang sudah memandu uji Proton Iriz di Sentul, Indonesia minggu lalu berpuas hati dengan sistem gantungan dan pengendalian Iriz.


WhatsApp Image 2017-02-09 at 3.44.33 PM


Iriz juga merupakan satu-satunya kenderaan di dalam kelasnya yang datang lengkap dengan fungsi keselamatan elektronik modern seperti Vehicle Dynamic Control.


Pelancaran Iriz di Indonesia menandakan kebangkitan kembali jenama Proton di sana setelah beberapa tahun menyepi.


WhatsApp Image 2017-02-09 at 3.48.53 PM


Iriz akan bersaing dengan model-model dari Jepun, seperti Honda Brio, Daihatsu Sirion (Perodua Myvi yang dieskport ke Indonesia) dan Nissan March.


Iriz 1.3L Standard di Malaysia dijual bermula dari RM41,520 untuk transmisi manual dan RM44,450 untuk transmisi CVT auto.


*Gambar dari Malaysia Automotive Institute dan Proton


WhatsApp Image 2017-02-18 at 2.21.23 PM