Protégé Black, Tomok lengkapkan Mentor Milenia

KONSERT pengenalan kedua Mentor Milenia 2017 sebentar tadi menyaksikan penyingkiran dua lagi peserta yang gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Mereka yang tersingkir adalah bakal protégé di bawah bimbingan Black, Mohamad Afif Ikmayahya (Afiff) dan Adam Malek Shamsuddin (Adam Malek) yang dibimbing Tomok.

Konsert yang menyaksikan persaingan sengit ini berpihak kepada Nur Syaheera Abd Aziz (Syeera) dan Ahmad Nuzul Faiszal Mohamad (Nuzul) sebagai protege Black.


Manakala Mohamad Rozaimi Rosli (Along) dan Nur Qhalysa Syazreena Zainuddin (Qalisya) pula mengisi kedudukan sebagai protégé Tomok.

Minggu lalu, empat peserta telah dipilih untuk meneruskan saingan iaitu Noor Jannah Abu Hanipah (Anna) dan Angelica Paujin (Elica) sebagai protégé Akim.

Sementara Hazama pula memilih Muhammad Saiful Naim Muhd Noor (Usop) dan Nor Balqis Ahmad Tajudin (Balqis).

Pemilihan minggu kedua ini telah melengkapkan senarai lapan peserta yang bakal berentap di pentas Mentor Milenia 2017 yang bakal bersiaran secara langsung daripada Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, setiap Ahad, pukul 9:00 malam di TV3.