Produk Aznil, Anell laris! Pelanggan dedah 3 hari muka dah tegang dan mulus

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi tidak menduga produknya Anell mudah terima ramai, sehingga berkata ‘kalau tahu laris, sudah lama saya jual.’ ― Foto-foto oleh Choo Choy May

Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi tidak menduga produknya Anell mudah terima ramai, sehingga berkata ‘kalau tahu laris, sudah lama saya jual.’ ― Foto-foto oleh Choo Choy May


Baru sahaja sebulan produknya Anell dilancarkan, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi tidak menyangka ia laris, termasuk digunakan kanak-kanak 12 tahun.


Senang dipanggil Pak Nil sahaja, beliau berkata stok awal produk penjagaan muka sebanyak 3,000 unit sudah habis dijual dan kini memasuki proses pengeluaran kedua.


“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai.


“Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” kata Aznil, 54, ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim Rumah Pengasih di Hotel Pullman di sini semalam.


Pemenang anugerah Pengacara TV Lelaki Popular berkata tidak susah untuk meyakinkan pengguna kerana beliau sendiri sudah memakai rumusan sama sejak empat tahun lalu.


Aznil Nawawi, mesra Pak Nil saja, dikelilingi anak-anak yatim dalam acara berbuka puasa di sebuah hotel di Putrajaya semalam.

Aznil Nawawi, mesra Pak Nil saja, dikelilingi anak-anak yatim dalam acara berbuka puasa di sebuah hotel di Putrajaya semalam.


Cerewet tentang penjagaan muka, bekas pengacara Akademi Fantasia itu akhirnya bertemu produk yang sesuai dengannya.


Kemudian, beliau meminta rakan perniagannya mencari formula sama dan melakukan ujian makmal sebelum berjaya menghasilkan jenama sendiri.


“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu.


“Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” katanya.


Dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), set lengkap Anell dengan sabun pencuci muka, penyegar dan krim berharga RM199, sesuai untuk kulit lelaki dan wanita.


 


Sumber: Projek MMO