Prabayar U Mobile Yang Mana Lebih Power?

Semalam U Mobile telah melancarkan pelan dan pek permulaan prabayar U Mobile baru yang dipanggil U Mobile UNLIMITED Power Prepaid. Pada pelan baru ini, pengguna akan menikmati akses tanpa had ke Facebook, Instagram, dan Twitter melalui App Onz. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penyelarasan telah dilakukan U Mobile pada bahagian lain. Nak tahu apakah ia? Sila lihat jadual perbandingan di bawah.



Harga pek permulaan kekal sama antara U Mobile Power Prepaid dengan U Mobile UNLIMITED Power Prepaid iaitu RM8.50. Melaluinya, pengguna akan menerima kredit tersedia sebanyak RM5 serta tempoh sah sehingga 10 hari.


Mereka juga menikmati data pantas sebanyak 200MB, tetapi pada pelan yang lebih baru, terdapat pengurangan panggilan percuma sesama rangkaian daripada 150 minit ke 100 minit.


Beralih kepada bonus bulanan yang diterima apabila menambah nilai minumim RM10, tiada lagi data pantas sebanyak 1GB disediakan, sebaliknya digantikan dengan App Onz yang menyediakan data tanpa had untuk akses kepada Facebook, Instagram, dan Twitter.


Internet asas, tempoh panggilan, dan SMS juga telah dikurangkan dalam pelan baru ini. Jika sebelum ini anda menerima 2GB Internet asas, pelan baru hanya memberikan 1GB sahaja. Pengurangan sebanyak 150 minit juga dilihat pada tempoh panggilan sesama rangkaian yang kini berjumlah 300 minit (10 minit sehari).


Tarif panggilan dan SMS juga telah dinaikkan. Kini panggilan dan SMS  ke rangkaian luar masing-masing menjadi 12 sen untuk setiap 30 saat dan 12 sen per SMS.


Apa pandangan anda?


The post Prabayar U Mobile Yang Mana Lebih Power? appeared first on TheSkop.