Pilih BN Yang Punyai ‘Track Record’ Atau Berpaling Kepada Pembangkang Yang Diketuai Dap

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, rakyat perlu diberi penerangan secara jelas bahawa mereka kini berhadapan dengan satu senario politik di mana rakyat akan diberi peluang bagi memilih mandat siapa yang patut mentadbir negara ini.

Jelasnya, rakyat boleh memilih Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh UMNO yang telah teruji kepimpinannya serta mempunyai track-record yang baik malah rakyat boleh memeriksanya sendiri ataupun beralih kepada Dap yang menerajui pembangkang.

“Kita tahu sekiranya pembangkang menjadi kerajaan maka ia akan diketuai oleh Dap dan Lim Kit Siang telah buat penegasan bahawa dalam tempoh perjuangan Dap katanya, walaupun telah bertukar zaman dan kaedah dan pendekatan tetapi falsafah perjuangan Dap tidak pernah diubah.

“… dan polisi Dap berdasarkan kata-kata Tun Mahathir (Mohamad) adalah berunsurkan rasis dan kepentingan satu kaum. Itu Tun yang cakaplah… saya cuma ulang.

“Rakyat perlu membuat penilaian kerana sekarang pun kita nampak dalam pakatan pembangkang Dap sahaja yang tidak berganjak apa-apa dari segi kerusi, kedudukan dan dominan sementara parti lain gabungan mereka sedang tercari-cari satu formula untuk mendapat agihan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penerangan UMNO Pusat di PWTC hari ini.

Lagi http://www.umno-online.my/2017/02/19/pilih-bn-yang-punyai-track-record-atau-berpaling-kepada-pembangkang-yang-diketuai-dap/