Piala Dunia B-17: Perancis Atasi Jepun, England Benam Mexico, Iraq Kejutkan Chile

Dua gol Amine Gouiri memastikan Perancis menewaskan Jepun 2-1. Perancis mendahului seawal minit ke-13 melalui Amine sendiri.



Pada minit ke-71, beliau sekali lagi mencetak gol untuk Perancis. Jepun merapatkan defisit gol melalui gol Taisei Miyashiro.


Kemenangan ini memastikan Perancis mara ke pusingan 16 terbaik


New Caledonia bungkam



Kekalahan 5-0 kepada Honduras memastikan New Caledonia hampir pastik meninggalkan persaingan Kumpulan E. Gol Honduras disumbangkan oleh Carlos Mejia dua kali.






Patrick Palacios juga menyumbangkan dua gol untuk Honduras. Joshua Canales meraih satu gol untuk negaranya juga.


Mexico berputih mata



Dalam saingan Kumpulan F, England menewaskan Mexico 3-2. Rhian Brewster, Philip Foden dan Jordan Sancho menjaringkan masing-masing satu gol.


Mexico mengejar rapat defisit. Dua gol Diego Lainez dalam minit 65 membantu Mexico merapati skor. 7 minit kemudian, beliau menambah satu lagi gol untuk Mexico.


Chile dimalukan







Agaknya terkesan daripada pasukan senior yang tidak layak ke Piala Dunia 2018, Chile dimalukan Iraq. Mohammed Dawood menjaringkan dua gol pada minit ke-6 dan ke-68. Pemain Chile, Diego Valencia menjaringkan gol sendiri pada minit ke-81.


Aksi terakhir kumpulan


Kumpulan A dan B akan menghabiskan baki perlawanan. Untuk Kumpulan B, Mali akan menentang New Zealand. Turki pula akan melawan Paraguay.


Kumpulan A menyaksikan Ghana akan bertemu tuan rumah, India. Amerika Syarikat pula akan berhadapan Colombia.