Peserta himpunan diingatkan jaga adab

 Peserta yang bercadang hadir ke Himpunan 355 (H355) diingatkan tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Pengarah H355, Nasrudin Hassan berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.


"Sebarang kesulitan, peserta boleh terus berhubung dengan mana-mana anggota Jabatan Amal bertugas.


"Kami menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355. Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok," katanya di sini, semalam