#1
Pesanan buat Pok Ya Cong Codei dari UK, sek kito jange pecoh

-Pok Ya Cong Codei 2- Akan Datang?

-

Sebut sahaja pok ya cong codei siapa tidak kenal kan, Pok Ya Cong Codei yang viral pada bulan Januari lalu bakal ada sambungan? Tak sabarnya

-

-

PELAKON dan pengarah Sabri Yunus tidak menolak bakal menerbitkan telefilem sekual Pok Ya Cong Codei yang menjadi tular baru-baru ini.

-

Sabri, 57, berkata, dia akan bertemu dengan pihak pengurusan Astro bagi berbincang mengenai perancangan tersebut.

-

-Belum jadi lagi tetapi perbincangan ke arah itu memang ada malah saya akan bertemu dengan pihak Astro bagi membincangkan mengenai perkara itu.

-

-InsyaAllah kalau tiada halangan dan betul hal tujunya pasti akan ada Pok Ya Cong Codei 2,- katanya kepada mStar Online

-

Dalam pada itu, Sabri berkata, dia tidak tertekan untuk menghasilkan sekual tersebut walaupun menyedari harapan penonton tinggi.

-


Sebaliknya kata Sabri, dia tidak mahu terikat dengan kejayaan diraih Pok Ya Cong Codei kerana paling penting jalan cerita perlu menarik.

-

-Apa sahaja boleh berlaku dalam jalan cerita sekual itu nanti dan saya tidak mahu berfikir tentang kejayaan diraih sebelum ini sebaliknya fokus dengan apa yang ingin saya ketengahkan.

-

-Ia boleh jadi diterima baik atau sebaliknya dan perkara itu saya tidak dapat diramal cuma paling penting sebagai penulis, pengarah dan pelakon saya perlu berikan yang terbaik,- katanya.

-

Pok Ya Cong Codei yang ditayangkan pada 20 Januari lalu menjadi tular disebabkan perkataan Concorde yang dieja sebagai Cong Codei selain jalan ceritanya yang menarik.

-

: Mstar Online

-

Pesanan buat Pok Ya Cong Codei dari UK, sek kito jange pecoh

--

Post Views: 0


Norlida Ishak Shop
Comments