Pesalah Dadah Lari Dari Tahanan Sebab Terlalu Rindukan Mak Yang Sudah Uzur

Seorang pesalah kes dadah berjaya ditahan semula tanpa pergelutann selepas  melarikan diri akibat terlalu rindu dengan maknya sebaik dijatuhi hukuman 7 bulan penjara di Mahkamah Majistret jam 3 petang kelmari.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, Mohamad Sufiff, 33, melarikan diri ketika diiringi tiga anggota untuk menaiki kenderaan polis di perkarangan mahkamah di Jalan Genuang untuk dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

“Ketika kejadian terdapat tiga anggota polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah disebabkan saiz pergelangan tangan kanan agak kecil akibat kesan kecederaan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu,

Menurutnya, Op Tutup yang dilancarkan dengan kekuatan 35 anggota daripada pelbagai jabatan IPD Segamat berjaya mengesan pesalah terbabit di dalam belukar berdekatan rumahnya yang terletak kira-kira dua kilometer dari mahkamah pada jam 4.30 petang Hari kejadian.

Bagaimanapun menurut pengakuan pelasah itu,dia melarikan diri kerana terlalu rindukan mak dia yang sudah uzur, sementara Menurut ahli keluarga tahanan berkenan anak saudaranya itu adalah mangsa yang terjerat dengan tokan dadah serta silap memilih kawan.”dia anak yang baik tapi dia salah  memilih kawan dia terkena umpan dadah dia dah ketagih,katanya