www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pernah Diejek Wajah Hodoh, Kini Netizen Puji Anak Nora Danish Semakin Comel

0 month ago, 10-Aug-2018

Terdahulu, selebriti popular Nora Danish mengakui hatinya terguris sehingga menangis apabila ada sesetengah netizen yang bersikap kurang ajar mengutuk serta mengejek paras rupa anaknya, Mohamed Neqayl Nedim hodoh.

Terbaru, Ney Ney sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila Nora memuat naik satu foto selfie bersama anaknya itu di Instagram. Ramai yang cukup teruja melihat perubahan wajah Ney Ney yang dikatakan sudah semakin comel dan kacak.

Sebelum ini, seorang pengguna Twitter mempersoalkan mengapa bayi Nora dan Nedim Nazri tidak comel sedangkan ibu bapanya cantik dan segak.

Untuk yang tidak tahu, wajah bayi yang baru lahir masih belum berkembang dengan sempurna dan akan berubah-ubah dari wakti ke waktu, sebab itu belum nampak lagi kecomelan ataupun ada irasnya dengan orang tua mereka. Sebelum kutuk, pastikan tahu fakta, jangan jadikan bayi mangsa kecaman juga.


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts