Pengurus Peribadi Ajak Nikah

Pengurus yang juga kekasih Shiha Zikir dikenali sebagai Arul menyatakan hasrat mahu menikahi penyanyi itu pada hujung tahun ini.

Memetik laporan mStar online, Arul berkata keputusan untuk memperisterikan Shiha dibuat setelah memikirkan usia percintaan mereka sudah memasuki tujuh tahun.

"InsyaAllah kalau tiada aral melintang, hujung tahun ini saya mahu tamatkan kisah percintaan ini bersama dia dengan ikatan sah sebagai suami isteri.

"Saya mengenali Shiha sebelum dia menyertai program Mentor lagi dan selama perhubungan ini, kami tiada apa-apa masalah kerana dia pandai membawa diri" katanya.

Sementara itu Shiha atau nama sebenarnya Shiha Zakir, 30, berkata Arul yang juga pengurus peribadinya disifatkan sebagai seorang yang tenang dan amat memahami kerjayanya sebagai seorang artis.

"Sejak bergerak sendiri tanpa label syarikat rakaman, saya selesa dan beri sepenuh kepercayaan kepadanya untuk menguruskan kerjaya seni saya.