Pencuri 19 tahun kerat kaki seorang nenek kerana enggan bagi duit

Seorang warga emas kehilangan kaki kirinya akibat ditetak oleh seorang pencuri dalam kejadian jam 5 petang tadi.


Tetak kaki nenek tua sebab tak dapat duit

Tetak kaki nenek tua sebab tak dapat duit


Kejadian tersebut berlaku di Kampung Tanjong Rendang, Lemal, apabila mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, dikatakan enggan memberikan wang yang diminta oleh pencuri tersebut.


Mek Som yang tinggal bersama anak tunggalnya, Esah Dollah, 60, dikatakan sempat bergelut dengan pencuri.


Pencuri tersebut berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dipercayai penagih dadah.


Sementera itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.


 


Sumber: Sinar Harian