Peminat Beri Semangat Kepada Fattah Amin

Semalam nama Fattah Amin memang cukup trending, hampir sehari suntuk kalau anda perasan, di laman-laman sosial memang ada saja cerita berkenaan jejaka kacak ini.

Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Fattah meluahkan isi hatinya. Lama juga ya dia 'peram' isi hati yang terbuku tu.

Menerusi akaun Twitternya;

"Allah bersama orang yang sabar," tulisnya ringkas.
 
Sementara itu juga di ruangan komen akaun Instagramnya turut menerima komen positif daripada pengikut dan peminat setianya.


Pun begitu, sama ada  dilema ataupun apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Fattah, hanya Allah SWT dan dirinya sahaja yang mengetahui.