Pemenang Pertama Kempen Celcom Bawa Pulang Perodua Axia, 5 Buah Lagi Menunggu

Bermula 15 April yang lalu, Celcom telah melancarkan kempen “Keep Calm and Win a Perodua Axia“. Sepanjang kempen itu, sebuah kereta Perodua Axia akan diberikan kepada seorang pemenang setiap 14 hari.


160516-celcom axiata axia kempen kereta banner


En. Jeffri Omar ialah pelanggan Celcom FIRST pertama yang berjaya memandu pulang sebuah kereta Perodua Axia yang ditawarkan Celcom dalam kempen tersebut. Sebanyak 5 kereta lagi tidak bertuan dan masih menunggu untuk dimenangi. Pemenang dipilih dalam kalangan pengguna yang melanggan FIRST Gold dan FIRST Platinum pada bermula kempen 15 April hingga 15 Jun lalu.


Kereta yang seterusnya akan diberikan kepada pelanggan yang mendaftar pakej pascabayar Celcom FIRST Gold atau Platinum bermula hari ini sehingga 15 Julai.


160516-celcom axiata axia kempen kereta pemenang


Beliau yang ditemani isterinya semasa majlis pemberian kereta yang dimenangi berasa bersyukur atas pemberian Celcom itu. Ditambah pula dengan Hari Raya yang bakal tiba nanti, beliau boleh menggunakan kereta itu untuk melawat ahli keluarga disamping menjadi pengangkutan harian isterinya untuk ke tempet kerja.


CEO Celcom Axiata Berhad, Dato’ Sri Shazalli Ramly, yang menyertai majlis pemberian hadiah tersebut melahirkan penghargaannya terhadap pelanggan yang telah mempercayai mereka untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi mereka. Selain kereta, Celcom juga menawarkan hadiah harian misteri. Setakat ini, seramai 28 orang pelanggan sudahpun menerimanya sejak kempen itu berlangsung.


Layari laman rasmi kempen itu untuk maklumat lanjut.


 


The post Pemenang Pertama Kempen Celcom Bawa Pulang Perodua Axia, 5 Buah Lagi Menunggu appeared first on TheSkop.