Pemenang bertuah bawa pulang Toyota Sienta

Empat pembeli Toyota Hilux yang bertuah telah memenangi peraduan ‘Toyota Hilux Buy & Win’ yang dianjurkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) tahun lepas.


buy and win


Pertandingan ini telah bermula dari 1 September hingga 31 Disember 2016 lalu dan terbuka kepada semua pelanggan yang membeli Toyota Hilux.


Pemenang hadiah utama peraduan ‘Toyota Hilux Buy & Win’, Chong Chin Fatt dari Cameron Highlands telah berjaya membawa pulang sebuah MPV Toyota Sienta yang bernilai RM99,900.


sienta-super-white


Chong telah menerima hadiah beliau pada satu majlis yang diadakan di cawangan UMWT, seksyen 19, Petaling Jaya pada 17 Febuari 2017.


Selain daripada hadiah utama, tiga orang pelanggan lain yang membeli Hilux turut memenangi hadiah saguhati yang merupakan pakej percutian lima hari empat malam ke Tokyo, Jepun untuk dua orang.


Mereka adalah Lee Soon Wen dari Pulau Pinang, Douin Madang dari Miri, Sarawak, dan Nik Muhamad Burhanuddin Bin Nik Mohamed dari Jerantut, Pahang.


Toyota Hilux datang dalam 6 varian, iaitu dengan konfigurasi Double Cab dan Single Cab dan pilihan enjin 2.4L atau 2.8L.



hilux 1
hilux 3

Enjin pula datang dengan teknologi Global Diesel (GD). Enjin siri GD ini ditala untuk memberi lebih fokus kepada penghantaran daya kilas atau “torque” pada kelajuan enjin rendah. Ini lebih banyak digunakan dalam situasi pemanduan harian di bandar atau ketika memotong.


Ia juga datang dengan jaminan lima tahun (tertakluk kepada terma dan syarat). Waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika ia masih dalam tempoh lima tahun.


Gambar:toyota.com.my