Pembangkang Terpaksa Tunda Cerita 'Malaysia Bankrap', Sekali Lagi


  • Print

  • Email

Details

Published on Wednesday, 15 February 2017 14:13








KUALA LUMPUR: Prestasi ekonomi memberangsangkan disetiap sektor dengan peningkatan pertumbuhan baik memaksa pembangangkang 'menanguhkan' kempen memburukkan kerajaan menggunakan isu Malaysia berdepan kegawatan ekonomi.


Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam berkata, Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan pertumbuhan melebihi 5% pada Disember 2015 (Suku 4) berbanding jangkaan awal 4.7%.


"Secara keseluruhan, IPP meningkat dengan purata 5.03% bagi S4 berbanding 4.03% (S3), 3.67% (S2) dan 3.30% (S1)," katanya dipetik satu kenyataan.


Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor AdamPengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor AdamKatanya, sektor pembuatan dan sektor borong dan runcit juga bertumbuh pesat dengan peningkatan 10.6% (pembuatan), 6.7% (borong), dan 9.7% (runcit) yang mana masing-masing mencatat keuntungan RM61.5 bilion, RM45.7 bilion dan RM3.2 bilion pada Disember 2016.


"Sektor Perkhidmatan meningkat 5.5 peratus atau RM368.1 bilion pada suku keempat 2016 berbanding dengan suku yang sama tahun 2015. Peningkatan sektor Profesional dan Real Estate Agent (6.6%) dan segmen Kesihatan, Pendidikan dan Kesenian, Hiburan & Rekreasi ( 6.4%). Jumlah pendapatan pada setiap suku tahun meningkat sebanyak RM13.3 bilion atau 3.7 peratus.


"Jumlah pekerja yang terlibat dalam sektor ini adalah 3.5 juta orang, meningkat daripada 84.546 orang atau 2.4 peratus berbanding dengan suku tahun yang sama sebelumnya. Setiap suku tahun, bilangan pekerja meningkat sebanyak 38.395 orang (1.1%)," katanya lagi.


Nilai eksport Malaysia pula kata Lokman juga mencatatkan pertumbuhan dua bulan berturut-turut pada tempoh sama ekoran pertambahan permintaan terhadap barangan elektrik dan elektronik dan komoditi tempatan.


"Eksport pada bulan Disember berkembang 10.7 peratus daripada setahun yang lalu, lebih cepat daripada ramalan pertumbuhan 9.4 peratus dalam satu tinjauan Reuters. Eksport berkembang 7.8 peratus pada bulan November.


"Hari ini (semalam) indeks pasaran saham kita telah pulih dan memecah halangan psikologi 1,700 mata iaitu dua kali ganda daripada nilai pada tahun 2009," katanya.


Tambahnya lagi, momentum pertumbuhan ini hasil daripada pemilihan kepercayaan pelabur luar negara, terutama dari China.


"Nampaknya pembangkang perlu menangguhkan cerita bahawa “Malaysia akan bankrap” sekali lagi," katanya lagi.


- Malaysian Digest