www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Isu Pembalakan Di Sungai Sg. Lutong Terjawab

0 month ago, 10-Aug-2018

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Kebimbangan penduduk Kampung Tepus berikutan aktiviti pembalakan terjawab apabila kumpulan Perkayuan Kayu Kayan Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat Negeri Terengganu bersama Jabatan Pentadbiran Hutan Jerangau, Terengganu Barat telah bertemu dengan penduduk setempat membincngkan perkara itu baru-baru ini.

Pengurus Kanan syarikat terbabit, Zulkifli Mohd Sanusi menyifatkan bahawa aduan yang diterima itu menyebabkan beliau bertindak segera untuk turun memperjelaskan hal sebenar.

Sebenarnya aktiviti pembalakan masih lagi tidak berjalan malah masih lagi tidak dikeluarkan lesen.

Kita akan pastikan had aktiviti pembalakan nanti tidak akan memberi kesan kepada empangan yang telah dibuat oleh penduduk kampung bagi mendapatkan bekalan air bersih, ujarnya.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada Pegawai Media ketika ditemui 9 Ogos, dimana pertemuan itu turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Renjer Hutan, Abdul Hadi Mohamad, Pegawai Perhutanan Jerangau, Mohd Salleh, serta wakil dari Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan, Osmadi Othman.

Mengulas lanjut,Zulkifli berkata syarikat tersebut berjanji kawasan yang diwartakan untuk aktiviti pembalakan itu nanti tidak akan dibiarkan begitu sahaja tapi akan ditanam pokok-pokok hutan.

Kita berhasrat untuk menjadikannya Ladang Hutan.

Pokok Hutan ini cepat membesar dalam jangka masa 7 tahun, dan kita akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat apabila dijayakan Ladang Hutan itu nanti, ujar beliau lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa, sebelum kerja-kerja pembalakan dijalankan, pihaknya akan mengadakan sesi konsultansi dengan penduduk setempat.

Tambah beliau, ia adalah bagi memastikan aktiviti pembalakan itu nanti jauh dari empangan yang didirikan oleh penduduk kampung.

Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman pula, sebenarnya penduduk tidak menghalang aktiviti pembalakan tersebut.

Pun begitu, tambah beliau, penduduk mengharapkan pembalakan tidak akan menjejaskan kawasan tadahan air hujan, dan juga menyebabkan empangan yang dibina penduduk kampung terjejas.

Malah katanya, penduduk bimbang jika tidak dipantau dan dikawal maka akhirnya bekalan air bukit tidak akan dapat dinikmati lagi oleh penduduk setempat.

Kerisauan penduduk kampung kerana pernah terjadi tahun 2014, dimana empangan yang membekalkan air bukit tidak mampu lagi berfungsi, ujarnya.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Alias Abdullah merasa lega selepas mendapat jaminan bahawa aktiviti pembalakan itu nanti akan beroperasi tanpa menjejaskan bekalan air bukit yang diperolehi.

Kita tidak menghalang aktiviti pembalakan dijalankan, cuma inginkan kepastian dan risau andai hutan ditebang dengan sewenang-wenangnya tanpa pedulikan penduduk setempat, tegasnya.


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts