Peluang untuk anda jadi James Bond dengan Lotus Evora

Jika anda peminat filem James Bond, anda mungkin ingat babak ikonik kereta Lotus Esprit berwarna putih yang berupaya menyelam.


james-bond-s-lotus-submarine-is-on-ebay


 


Model Esprit S1 mungkin telah direhatkan sekarang tetapi syarikat Lotus telah menghasilkan sebuah model khas mengenangkan Esprit yang terkenal pada filem “The Spy Who Loved Me” yang diterbitkan pada tahun 1977 itu.


Lotus_esprit_S1_submarine


Oleh itu, model terbaharu Evora ini menyambut ulangtahun ke-40 sejak disiarkan babak Lotus menyelam itu.


James Bond 2


Evora yang dipakai untuk tujuan ini ialah Evora Sport 410, iaitu varian Evora yang paling ringan pernah dikeluarkan.


Mungkin ia tidak ada senjata rahsia selain dari skim cat putih hitam yang mirip Esprit S1 kepunyaan James Bond, tetapi Evora khas ini ada kelebihan lain.


James Bond 7


Dengan berat hanya 1280kg, ia berupaya memecut ke 100 kmj pada hanya 3.9 saat. Kekuatan ciri aerodinamik pada badan kereta ini pula berupaya menghasilkan tenaga sekuat 64 kg.


“Ramai di Lotus masih ingat impak pertama kali menyaksikan Lotus Esprit pada layar perak dalam filem The Spy Who Loved Me. Oleh itu, kami ingin mengeluarkan model khas berdasarkan model terbaharu Evora, Sport 410. Ia adalah tanda terbaik untuk sebuah model Lotus yang terkenal dalam sejarah permotoran dan juga dunia filem. Tiada syarikat kereta sport lain yang mempunyai keupayaan menghasilkan kereta sport ringan seperti Lotus,” jelas Jean-Marc Gales, ketua pegawai eksekutif Group Lotus plc.


pic4


pic2


pic5


pic6


Pintu penutup ruang enjin model Evora ini dihiaskan dengan ciri bahan gentian fiber khas dan dipasang dengan lambang khusus, mengikut bentuk huruf yang terdapat pada model Esprit 1970an. Bumper depan juga dicat dengan skim warna putih hitam khusus seperti Esprit dahulu.


lotus-esprit-interior-wallpaper-2


Hiasan dalamannya juga unik kerana mempunyai balutan kerusi dan permukaan dari kain Alcantara. Dipintunya ada corak kain tradisional Scotland iaitu “tartan” dan benang jahitan merah yang mempunyai kesan beza dengan permukaan kain Alcantara tersebut.


Enjin Evora Sport 410 ini ialah 3.5-liter 6-silinder, menghasilkan 410 hp pada 7000 rpm dan tork 420 Nm pada 3500 rpm.


James Bond 8


001933_y_Bond-filming


Lotus Evora Sport 410 khas ini akan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit sahaja setahun. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang memiliki sebuah kereta ikon terbaharu Lotus ini.