Panduan atau Cara Solat Sunat Tarawih Keluaran JAKIM

ahlansahlanyaramadan

Panduan atau Cara Solat Sunat Tarawih Keluaran JAKIM - Setiap tahun, kita umat islam berpuasa di bulan ramadan yang mulia dan sempena itulah kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadah sembahyang sunat tarawih,sunat witir,tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. 


Oleh itu, supaya kita sama-sama dapat menghidupkan dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini , dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam "Lailatul Qadr" seperti yang dijelaskan dari firman Allah swt pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud "Malam Lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain" dan sebagaimana sabda Rasullulah saw di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:"Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu". Maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita. 

Hukumnya solat sunat tarawih ini adalah sunat Muakkad (yang sangat-sangat dituntut) dikerjakan oleh orang islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara berseorangan atau berjemaah. 


Sunat dikerjakan di Masjid,Surau, dan lain-lain tempat. 
Dilakukan solat sunat tarawih ini adalah selepas solat isyak. Pada umumnya masyarakat Malaysia mendirikan sembahyang atau solat sunat tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. 

Pada zaman Rasullulah saw sembahyang atau solat sunat tarawih ini dikerjakan 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan pada umatnya. Walau bagaimanapun terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasullulah saw pernah mengerjakan solat ini sebanyak 20 rakaat. 

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab ra beliau berpendapat orang islam pada zamannya tidak keberatan menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat.
Sembahyang atau solat sunat tarawih hendaklah ditunaikan atau dilakukan 2 rakaat satu salam sehingga genap rakaat yang dikehendaki. 

Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu"

Berikut adalah buku online panduan Sembahyang (Solat) Sunat Tarawih keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

panduansembahyangsunattarawih