PAN Dakwa Peroleh Lebih Undi Melayu Berbanding PAS

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa partinya mendapat lebih banyak undi kaum Melayu berbanding PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini.


Dakwa beliau, kaum Melayu daripada golongan progresif, Islamik dan kelas menengah tidak menyokong PAS sebaliknya PAN dan sokongan itu kononnya diperkuatkan lagi dengan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Justeru, dakwa beliau, pendekatan PAS yang berkerat rotan dengan DAP dan mengusulkan rang undang-undang di Parlimen untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah tidak menambahkan undi Melayu untuk parti itu.


“Sebaliknya PAS mengalami kemerosotan mendadak undi kaum Cina dalam PRK berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 sebanyak 73 peratus di Sungai Besar dan 63 peratus di Kuala Kangsar.


“PAS hanya memperolehi undi teras seperti yang diperolehi dalam PRU 2004. Dalam undi teras PAS terdapat undi tegar PAS sekitar 2,000 hingga 3,000 orang di kedua-dua Parlimen ini. Jika berlaku 10 penjuru sekalipun undi tegar PAS ini tidak akan berganjak,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Analisis beliau mengenai PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu bagaimanapun dikritik ramai netizen yang menyifatkan ia satu pandangan syok sendiri oleh PAN dan Pakatan Harapan gara-gara kecewa dengan kekalahan mengaibkan.


Pemilik akaun Facebook Abu Adeeb Walfarisi berkata: “analisis syok sendiri sedang diri sendiri tau tanpa PAS nk ke putrajaya PH hanya akan bermimpi dan terus bermimpi. PAN akan terus menagih ehsan dr DAP untuk kerusi PRU14 khusus kawasan majoriti cina kerana trend PRK yg lalu menampakkan undi PAN hanya dr cina DAP. Hanya beberapa kerat melayu saja”


Azman Hasbullah berkata, “Ini letak calon parti yg tak popular…pastu nk lawan pas…….niat sebenar pan adalah bukan nk lawan umno bn…tp nk test power sokongan ….nk tau mana tinggi undi pan dgn undi pas….tu sbb jika boleh kalahkan pas sudah di anggap satu kejayaan besar buat pan….sampaikn sanggup nk berpesta arak di Sg.Besar”


Nur Azri pula berkata: “analisa berat..masih backup parti sendri n tidak redha menerima kptsan rakyat….” – MYNEWSHUB.CC