Oriental Pavilion pusat sehenti jenama dari TMall di Malaysia

Tahukah anda tentang Tmall, salah satu laman e-dagang terbesar di negara China yang dikendalikan oleh Alibaba Group. Kini, anda boleh mendapatkan produk dari penjual di Tmall dengan lebih mudah, melalui laman Oriental Pavilion yang baru dilancarkan Lazada Malaysia.


Oriental Pavilion merupakan satu inisiatif Lazada untuk memperkenalkan jenama-jenama China yang terdapat di Tmall. Sehingga kini, Lazada Malaysia telah berjaya mendaftarkan sebanyak 16 jenama dari Tmall untuk ditempatkan di Oriental Pavilion. Antaranya seperti Semir, QCY, Bluedio dan Puppyoo.


Lazada lancar Oriental Pavilion - laman web


Pelancaran laman Oriental Pavilion sangat tepat pada masanya, kerana Tahun Baru Cina yang akan menjelang hujung bulan ini. Menerusi laman khas ini di Lazada, pengguna di Malaysia boleh mendapatkan pelbagai produk bermutu tinggi dari jenama-jenama China, pada harga yang berpatutan.


Lazada Malaysia turut mengadakan kempen bersempena Tahun Baru Cina meliputi seluruh produk di lamannya. Dengan tema “Deals Louder than Roosters”, kempen ini akan berlangsung dari 17 hingga 19 Januari 2017. Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 88% untuk produk dari jenama seperti JBL, Tesco, Lifebuoy, L’oreal Paris, Focus Point, Samsung, Tefal, Senheng, Philips, Bosch dan banyak lagi.


Selain itu, Lazada turut menyediakan hadiah menerusi pertandingan Roda “Ong Mali”, yang menyediakan hadiah berupa produk JBL dan Harman Kardon yang bernilai RM 15,000, serta baucar dari Tesco.


Lazada CNY Ong Mali 2017


The post Oriental Pavilion pusat sehenti jenama dari TMall di Malaysia appeared first on TheSkop.