OPPO Buka Pusat Khidmat Pelanggan Terbesar Di Malaysia

Bagi memantapkan kualiti khidmat selepas pembelian, OPPO Malaysia telah melancarkan pusat khidmat pelanggan mereka yang terbesar di Malaysia. Premis yang terletak di Plaza Berjaya itu melambangkan pertumbuhan yang stabil jenama itu di rantau itu.


160621-oppo malaysia service center cutting ribbon


William Fang, CEO OPPO Malaysia (berkot biru) bersama Pengarah Jualan OPPO Malaysia, Garry Fong (berkot hitam)


Semasa majlis pelancarannya, mereka turut mengumumkan sejumlah perkhidmatan yang akan ditawarkan di pusat khidmat pelanggan itu. Antaranya adalah service membersih, membaiki, dan memintas kata laluan buat pelanggan yang menghadapi masalah mengakses peranti mereka. Semua pengguna OPPO juga akan menikmati servis percuma sepanjang hayat mereka apabila melawat mana-mana Pusat Khidmat Pelanggan OPPO.


Setakat ini, sebanyak 21 buah pusat khidmat pelanggan di seluruh Malaysia telah diwujudkan dibawah kelolaan langsung pihak OPPO Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang senarai pusat khidmat pelanggan OPPO yang berhampiran anda, sila layari laman rasmi mereka.


The post OPPO Buka Pusat Khidmat Pelanggan Terbesar Di Malaysia appeared first on TheSkop.