OPPO Akan Umumkan Telefon Kamera Berkembar?

Seperti MWC edisi 2016, OPPO tidak menyertai MWC thaun ini dengan membawa telefon baru. Sebaliknya, mereka akan memperkenalkan satu teknologi baru yang akan digunakan pada telefon pintar mereka yang akan hadir kemudian. Tahun lepas mereka memperkenalkan Super VOOC, tahun ini mereka akan mengumumkan sesuatu berkaitan kamera.



Melalui poster yang dikongsikan, ayat “Go 5X Further” serta lambang 5x mungkin mencadangkan pengezuman optikal hasil tangan jurutera-jurutera OPPO sendiri. Ia seperti menggunakan pendekatan Apple dalam mengezum iaitu kamera dua lensa yang berlainan jarak fokal.


OPPO akan mengumumkan teknologi itu pada 27 Februari, sehari selepas bermulanya MWC 2017. Sama-sama kita nantikan apakah ia. Team TheSkop akan terbang ke sana dan teruskan mengikuti perkembangan MWC 2017 terus melalui kaca mata TheSkop


The post OPPO Akan Umumkan Telefon Kamera Berkembar? appeared first on TheSkop.