Nora Tak Halang Anak Kahwin Di Usia Muda

Anak sulung penyanyi, Nora Ariffin, dan komposer, Johan Nawawi, Mohd Syakir Iman, 24, dilaporkan selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Eilya Sofea Azman, dalam majlis sederhana di kediaman keluarga gadis berkenaan, di sini, Sabtu lalu.

Menerusi laporan BH online, Nora yang kegembiraan itu menerusi perkongsian beberapa keping foto di laman Instagramnya berkata selain faktor kedua-duanya sudah lama berkenalan, majlis pertunangan itu juga diadakan kerana bakal menantunya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurutnya, anaknya dan Sofea sudah tiga tahun berkawan. Oleh kerana Sofea akan melanjutkan pelajaran ke Russia dalam bidang perubatan dalam masa terdekat, sebagai ibu bapa, mereka berasakan lebih elok jika pasangan itu ditunangkan. Bagaimanapun kedua keluarga tidak menetapkan berapa lama kedua-duanya akan bertunang.

Nora juga menyatakan bahawa beliau tidak menghalang sekiranya Syakir mahu berkahwin di usia muda asalkan bijak mengemudi rumah tangga yang bakal dibina.

"Saya dulu pun berkahwin muda dan Alhamdulillah, tahun ini usia perkahwinan kami bakal mencecah angka 25 tahun," kata Nora.