Nora Danish Dan Nedim Nazri Sah Kahwin Tahun Ini

Menjawab segala persoalan peminat tentang hala tuju hubungannya dengan Nedim Nazri, pelakon Nora Danish mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan kekasihnya itu pada tahun ini. Namun, buat masa ini Nora masih belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut tentang majlis raja seharinya itu.



Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut. Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini.


Ditanya adakah benar beliau bakal melangsungkan perkahwinan selepas Aidilfitri nanti, Nora bagaimanapun tetap enggan menjawab perkara berkenaan. Menurut Nora, beliau akan memberikan fokus kepada perniagaan beliau dan memperlahankan aktiviti seni selepas berkahwin nanti.



Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang. Cuma kalau boleh tahun ini saya nak berlakon sebuah drama bersiri. Bagi saya ia perlu bagi mengekalkan nama dalam industri. Tambahan pula saya memiliki perniagaan, jadi saya tak boleh berhenti terus.



Semoga segala perancangan Nora untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Dah lama juga kan beliau bercinta dengan Nedim, harapnya mereka berdua kekal sehingga akhir hayat.


Sumber Berita : Harian Metro