Neelofa Tutup Mulut Isu Tarik Diri Daripada Bergandingan Dengan Fattah Amin

Sebelum ini peminat Lofattah merasa cukup teruja kerana khabarnya Neelofa dan Fattah Amin akan kembali bergandingan bersama didalam drama Hero Seorang Cinderella. Walaubagaimanapun, semalam Neelofa menerusi akaun Instagramnya memberitahu tidak akan berlakon dalam drama tersebut.



Menurut Neelofa, beliau enggan menjelaskan khabar agin beliau tarik diri atas permintaan pihak Astro. Segalanya akan diumumkan sehingga satu keputusan rasmi dimuktamadkan.


Saya faham dengan situasi sekarang dan lebih baik saya berdiam diri sehingga pihak Astro sendiri memberi kenyataan rasmi tentang isu tersebut.


Difahamkan, pengarah drama berkenaan, Michael Ang sedang dalam proses untuk memujuk Neelofa.



Erm, adakah kerana kontroversi panas dan gosip percintaan mereka membuatkan hubungan Lofattah dingin? Apa-apa pun kita tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada pihak Astro. Memang kecewalah peminat mereka yang mengharapkan Neelofa dan Fattah untuk berlakon bersama sekali lagi.


Sumber Berita : Utusan Online