Nak tambah isteri? lawat laman web Polygamy.com, khas buat lelaki yang nak berpoligami

Polygamy.com, khas buat lelaki yang nak berpoligami


Selepas laman web pertama yang diwujudkanya, iaitu “SecondWife.com” menerima sambutan yang menggalakkan, seorang ahli perniagaan di sini kembali dengan laman web terbaharu, “Polygamy.com‘, khas untuk lelaki Islam yang ingin berpoligami.


Poligami melalui laman web dapat sambutan

Poligami melalui laman web dapat sambutan


Azad Chaiwala, 33, percaya melalui laman web yang dibuatnya telah banyak membantu lelaki dalam mencari kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga mereka.


Selepas ‘SecondWife.com’ mencapai jumlah keahlian sebanyak 35,000, tercetus idea Chaiwala untuk membina nilai-nilai murni serta jujur dalam kehidupan berkeluarga khasnya kepada lelaki Islam.


Justeru, dengan menamakan laman web ‘Polygamy.com’, Chaiwala percaya ia pasti akan disukai dan diterima ramai seperti dalam laman web pertamanya itu.


Hasilnya, apa yang cukup mengejutkan Chaiwala ialah sejak dilancarkan awal tahun ini, dengan membawa slogan “Selamat datang ke Dunia Poligami”, seramai 7,000 orang telah mendaftar sebagai ahli untuk mengharapkan bantuan memperolehi calon isteri baru mereka.


Kata Chaiwala, laman web ini diwujudkan khas untuk ‘lelaki yang berkemampuan’.


“Laman web ini bukan berkhidmat kepada semua orang. Terdapat sesetengah lelaki yang tidak mampu dari segi tenaga batin dan kewangan untuk diberikan kepada wanita lain. Poligami bukan terhad kepada Muslim sahaja. Agama lain tidak mengehadkan bilangan isteri yang ingin dikahwini oleh seseorang lelaki,” kata Chaiwala.


Bagaimana pun, Khalid Mahmood, seorang ahli Parlimen Islam British tidak setuju dan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan bodoh’.


Beliau turut memberikan amaran kepada golongan wanita British sekiranya setuju hidup bermadu, hak kewangan mereka akan sendirinya terhakis mengikut undang-undang yang termaktub dalam British.


 


Sumber: Sinar Harian