Muzik Video Single Terbaru Aiman Tino Cecah 8 Juta Tontonan dalam masa tiga minggu

Lagu sulung Aiman Tino 'Ku Rela Dibenci' pernah hit dan mendapat tontonan sebanyak 15 juta tontonan di YouTube dalam jangka masa tiga bulan.

Oleh itu, tidak mustahil pula single keduanya berjudul 'Permata Cinta' juga bakal meletop.  Ini kerana video tersebut sudah mencecah lapan juta tontonan dalam jangka masa tiga minggu sahaja. Betul-betul memukau setiap lagu Aiman ni.



Dalam perkembangan lain Aiman Tino bakal tampil dengan single duet dengan Sufian Suhaimi berikutan menerima permintaan ramai daripada peminat untuk melihat kedua penyanyi itu berduet.



Selain itu juga, Aiman sudah pun merancang akan mengeluarkan album sulungnya yang mendapat sentuhan bapanya sendiri sebagai komposer dan juga penerbit.

Kakigosip ucapkan sempat Aiman terus maju lagi setapak dalam industri seni hiburan tanah air Malaysia dan juga di luar negara.