Movistar Yamaha puas hati ujian kedua MotoGP

Movistar Yamaha MotoGP Team Maverick Vinales dan Valentino Rossi berjaya mengakhiri program ujian mereka pada ujian IRTA rasmi kedua semalam, masing-masing dalam kedudukan tempat pertama dan kedua belas untuk keseluruhan ujian.


Tumpuan telah diberikan kepada usaha memperbaiki hayat tayar dan meningkatkan rentak perlumbaan mereka. Maverick Vinales dan Valentino Rossi menamatkan hari ketiga dan terakhir ujian dengan menduduki tempat pertama dan kesebelas masing-masing dalam carta hari in.

rossi1

Pagi ini, Vinales sekali lagi membuka langkah awal pada peringkat permulaan sesi lapan jam. Memacu lincah YZR-M1 beliau di Litar Grand Prix Phillip Island dia merekodkan masa terbaik ujian 1’28.549s pada pusingan 13, dalam masa satu jam yang pertama untuk menduduki tempat pertama dalam kedudukan keseluruhan 0.294s lebih cepat dari pendahulu terdekat.


Rakan sepasukannya Rossi mempunyai cubaan yang lebih mencabar, tetapi tetap fokus pada matlamat beliau. Berazam untuk memberikan jurutera beliau seberapa banyak data yang mungkin sebagai asas pembangunan masa akan datang, beliau hanya menumpukan kepada senarai semak ujiannya itu bagi menguji pelbagai tetapan dan talaan.


Pada sebelah petang, lagenda Itali itu berusaha untuk mengurangkan degradasi tayar motosikal di litar Phillip Island yang dikenali sebagai agak memakan tayar. Beliau menamatkan sejumlah 52 pusingan hari ini. Masa terpantasnya pasda sebelah pagi iaitu 1’29.470s pada mulanya menempatkan beliau di tempat keenam iaitu 0.921s di belakang rakan sepasukannya. Walau bagaimanapun, kadar pesaing lainnya makin pantas sepanjang hari, dan Rossi telah ditolak ke kedudukan kesebelas.


Pasukan dan jurutera Yamaha akan meneliti kesemua maklumat dan data untuk menyediakan langkah seterusnya menjelang permulaan musim MotoGP yang kelak.  Pasukan Movistar Yamaha MotoGP Team akan beraksi di ujian rasmi Qatar MotoGP dari 10 Mac – 12 kelak.