Moto G5 Plus Miliki Kamera Seakan Galaxy S7

Moto G, siri telefon kelas pertengahan daripada Motorola akan dikemaskini pada MWC kali ini dan untuk Moto G generasi kelima, beberapa laman web sudahpun dilaporkan telah berkongsi beberapa gambar dan butiran berkenaan Moto G5 Plus dan Moto G5.



Moto G5 Plus


Moto G5 Plus adalah model yang paling berkuasa antara duanya. Telefon berpaparan sebesar 5 inci beresolusi HD penuh ini menggunakan pemproses Snapdragon 625 dengan RAM seluas 2GB. Storannya pula seluas 64GB dan disertakan bersama satu slot mikro-SD untuk meluaskan penyimpanan sehingga 128GB.


Uniknya pada kamera ini adalah kehadiran autofokus dual piksel pada kamera belakangnya yang pasitnya membuatkan proses membidik fokus lebih pantas. Kamera hadapannya pula sekuasa 5MP. Semua komponen digerakkan bateri sebesar 3,000 mAh dengann fungsi pengecasan patas.


Komponen NFC juga tertera pada helaian spesifikasi yang akan menjadikan telefon ini tumpuan utama untuk Android Pay kelak.



Moto G5


Moto G5, varian yang lebih kerdil pula menggunakan Snapdragon 430 dengan RAM seluas 2GB. Kamera belakangnya adalah 13MP manakala kamera hadapan 5MP. Panel paparan yang ia gunakan adalah sebesar 5 inci dengan resolusi HD penuh.


Fungsi pengecasan pantas turut hadir pada Moto G5 untuk mengisi bateri berkapasiti 2,800 mAhnya.


Motorola dijadualkan mengadakan sidang media pada 26 Februari ini dan team TheSkop akan ke sana untuk meliputinya. Teruskan bersama kami untuk maklumat lanjut.



[Sumber: Droid Life]


The post Moto G5 Plus Miliki Kamera Seakan Galaxy S7 appeared first on TheSkop.