Model sporty Peugeot 208 GTi berharga RM143,888

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn Bhd telah membawa Peugeot 208 GTi ke dalam pasaran negara.



PEUGEOT_208GTi_1502PC007
PEUGEOT_208GTi_1502PC008

Harga yang ditawarkan adalah RM143,888 (harga atas jalan termasuk insuran) serta waranti lima tahun atau 120,000km (yang mana terdahulu) dengan dua pilihan warna iaitu Digital White dan Rogue Red.


Model terbaharu ini dikatakan lebih menggoda kerana rupa bentuknya lebih menarik, di mana bamper baharu mempunyai garisan yang lebih tajam dan tepat.  Gril hadapan pula diluaskan dan ditebalkan dan digabungkan sebagai bamper.


Peugeot 208 GTi ini didatangkan dengan enjin 1.6L THP, turbo dengan tekanan tinggi dengan tambahan 8 kuasa kuda dari model sebelum ini.  Dengan tranmisi manual enam kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 200hp dan tork puncak 300Nm. Jentera ini boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dengan pecutan maksimum 230km/j.


stop start tech


Sistem pengendalian dan kestabilan telah dipertingkatkan lagi  menggunakan Pseudo McPherson pada bahagian hadapan dan palang torsion di belakang.



aloi rim
tail lamp

Bagi sistem brek pula, ia menawarkan cakera berdiameter 302 mm pada bahagian hadapan dan 249 mm di belakang.


Diantara pembaharuan yang telah dilakukan pada jentera ini adalah lampu belakang LED baharu, skrin sentuh tujuh inci dengan sistem navigasi satelit, sambungan Bluetooth dan USB dan tempat duduk upholstery balutan kulit Club Nappa dengan kemasan fabrik Caro Weave.



seat
interior peugeot

Bagi ciri keselamatan pula, jentera ini dilengkapi dengan sistem Kawalan Kestabilan, Kawalan Cengkaman, ABS, EBA dan EBFD. Ia turut datang dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP) yang terkini, dimana program ini boleh mencegah understeer yang tidak diingini dan juga oversteer.


Selain itu, ia turut didatangkan dengan alat keselamatan pasif termasuk enam beg udara, tali pinggang tali keledar hadapan dengan fungsi pre-tensioner, sistem amaran pemakaian tali pinggang keledar dan batang stereng boleh-patah (collapsible steering) supaya tidak membahayakan pemandu semasa perlanggaran hadapan.


Kesemua model Peugeot ditawarkan dengan perkhidmatan bantuan teknikal 24jam dari Nasim selama tiga tahun, akses ekslusif ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang Skypark dan keahlian Peugeot Privilage.


Gambar:peugeot.com.my