Min Hyo Rin muncul semula

Aktres jelita Min Hyo Rin akhirnya muncul di hadapan khalayak buat pertama kalinya selepas mengambil keputusan meninggalkan agensi JYP Entertainment.

Gambarnya dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan dilaporkan menunggu penerbangan ke New York.

Min Hyo Rin dijadualkan menghadiri pertunjukan fesyen koleksi musim luruh dan sejuk di kota terkenal itu.


Meskipun ada agenda lebih penting, dia tetap meluangkan masa melayan wartawan dan peminat yang menantinya di lapangan terbang itu.

Min Hyo Rin dikatakan sudah menandatangani semula kontrak eksklusif dengan JYP.