MB Kedah Mempengerusikan Mesyuarat Exco Di HPP

GEORGE TOWN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari ini mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah (Exco) di bilik mesyuarat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.


Mesyuarat yang bermula kira-kira 11 pagi itu dihadiri oleh kesemua sembilan orang Exco negeri tersebut.


Sebelum itu, wakil media dibenarkan merakamkan gambar sebelum mesyuarat bermula.


Sidang akhbar dijangka diadakan selepas mesyuarat itu.


Mesyuarat itu diadakan di HPP berikutan Ahmad Bashah masih menerima rawatan selepas menjalani pembedahan akibat komplikasi usus pada 6 Jun.


Sebelum itu, Ahmad Bashah dimasukkan ke Kedah Medical Centre selepas pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah pada 4 Jun. – BERNAMA