Maut Ketika Menonton Filem The Conjuring 2

THE+CONJURING+2

Di India, seorang lelaki berusia 65 tahun maut akibat serangan jantung ketika menonton filem The Conjuring 2  di panggung wayang Balasubramaniar Sri Di Tiruvannamail.

Times of India melaporkan, lelaki itu diserang sakit jantung semasa klimaks filem terbabit.

Lelaki berkenaan dikejarkan ke Hospital Tiruvannamalai Goverment Medical Hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Apa yang peliknya, mayat serta staf hospital yang ditugaskan untuk menghantar mayat ke Hospital Kolej Perubatan Tiruvannamalai untuk dibedah siasat telah hilang dan sehingga kini mereka masih lagi gagal dikesan.

Polis kini sedang mencari individu berkenaan dan sedang mengenalpasti mangsa.

Sumber: timesofindia.com



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW