www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Lorenzo anggap peluang Ducati sangat tipis untuk pintas Marquez

0 month ago, 10-Aug-2018

DUCATI masih berpeluang memecah dominasi Marc Marquez dalam saingan MotoGP 2018 yang masih berbaki sembilan perlumbaan.

Namun, pelumbanya, Jorge Lorenzo beranggapan misi tersebut agak mustahil selagi lawannya dari Repsol Honda itu mempamerkan tunggangan yang konsisten dalam setiap perlumbaan.

“Ducati masih memerlukan 0.2 atau 0.3 saat lagi kepantasan untuk memenangi empat atau lima perlumbaan berturut-turut dengan harapan mahu memintas kedudukan Marquez.

“Bagi saya untuk masa ini ia kelihatan mustahil kerana setiap jentera yang bersaing kali ini mempunyai kekuatan yang seimbang. Jadi, ianya semakin sukar.

“Anda boleh melakukan segalanya dalam baki perlumbaan ini, tetapi jurang perbezaan mata kami terlalu besar. Jadi, saya tidak begitu yakin kami mampu memenangi lima atau enam perlumbaan berturut-turut,” katanya.

Marquez kini unggul selaku pendahulu dengan mengutip 181 mata, 49 mata melebihi pesaing terdekatnya, Valentino Rossi.

Menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Austria esok, Ducati tampak unggul apabila mendominasi sesi latihan bebas pertama dengan masa terpantas dicatat Andrea Dovizioso dan Lorenzo di tangga kedua.

Namun di sesi latihan kedua, Marquez kembali berada di puncak dengan catatan masa 1 minit 33,995 saat dan meninggalkan Lorenzo dan Dovizioso di posisi ke-4 dan ke-5.

Lorenzo anggap peluang Ducati sangat tipis untuk pintas Marquez Sukan Sinar.

SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts