Lengkap & Sempurnakan Rumah Anda Dengan Perabot Dari Gudang Rozel sempena Penghabisan Stok

Salah satu angan-angan dan impian Abang Nara untuk tahun 2017 ini ialah untuk melengkapkan serta menukar beberapa perabot di rumah tercinta. Biasalah bila ada anak-anak kecil ini, sofa pun kotor kena conteng, meja makan dah nak runtuh sebab anak selalu lompat-lompat di atasnya, katil dah berbunyi dan macam-macam lagilah.


rozel jualan gudang

3 suspek utama kemusnahan perabot di rumah Abang Nara


Walaupun cita-cita dan impian itu ada, tetapi kekangan bajet menyebabkan ia tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Iyerlah, perabot-perabot di Malaysia ini boleh tahan juga harganya. Namun hujung minggu ini, Insya Allah rumah Abang Nara akan bertambah ceria dan awesome dengan perabot baru. Sebabnya? Tak lain tak bukan kerana jualan penghabisan stok gudang Rozel yang bakal bermula pada 18 Februari ini sehingga 26 Februari kelak.


rozel


Jenama Rozel ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Dah lebih 27 tahun mereka bertapak di Malaysia dan melengkapkan kediaman kita dengan perabot-perabot berkualiti tinggi, cantik dan harga yang berpatutan. Meh sini Abang Nara kongsikan sedikit details tentang jualan penghabisan stok gudang Rozel ini:-


TARIKH: 18 Februari – 26 Februari

MASA: 11 pagi – 9 malam

ALAMAT: No 1, Lorong Batu Nilam 1A, Bandar Bukit Tinggi, 43000 Klang, Selangor


rozel

inilah Rozel Klang, tempat akan berlakunya jualan gudang penghabisan stok yang dinanti-nantikan


1. Perabot yang dipamerkan dijaga rapi



Mesti ada yang skeptikal dan risau dengan kondisi perabot yang bakal dijual bersempena jualan gudang penghabisan stok Rozel ini kan? Iyerlah, takut-takut ada meja makan sumbing ke, spring katil dah rosak ke atau kerusi yang dah reput. Korang tak perlu risau langsung. Segala perabot yang dipamerkan dan dijual telah dijaga rapi dan berada di dalam keadaan optimum. Sekali tengok memang jatuh cinta terus.


rozel


2. Parking luas tak ingat


Dijangkakan beribu-ribu manusia akan mengerumuni gudang Rozel di Klang ini bermula 18 Februari kelak. Namun korang tak perlu datang sebelum subuh semata-mata untuk memastikan dapat parking. Tempat letak kereta yang ada memang cukup luas. Tak perlu berebut-rebut. Sila datang dengan tenang dan rileks.


3. Macam-macam jenis perabot ada


Ini paling penting dan paling best bagi Abang Nara. Segala macam jenis perabot bakal dijual di jualan gudang Rozel kali ini. Meja makan, sofa, tilam, katil, cermin dinding, perhiasan kayu, kerusi malas dan macam-macam lagilah. Pilihan tue super duper banyak. Korang boleh datang cuci mata, buat perancangan nak hias rumah macam mana dan kemudian beli perabot yang terbaik untuk rumah.


rozel


4. Harga berbaloi-baloi



Sudah tentu harga yang ditawarkan bersempena jualan gudang penghabisan stok ini adalah lebih murah berbanding harga biasa Rozel. Dengan kualiti perabot yang disediakan, confirm berbaloi-baloi kalau korang beli nanti. Abang Nara insya Allah nak cari genuine leather sofa nanti. Sofa kat rumah nie dah habis rosak kena susu anak. Hehehe.


rozel


Jadi tunggu apa lagi? Kosongkan tarikh kosong bermua 18hb Februari sehingga 26 Februari ini bersempena jualan gudang penghabisan stok Rozel. Abang Nara Insya Allah akan pergi pada 18hb ini untuk tengok-tengok dulu. Lepas itu akan kembali semula pada 19hb untuk buat pembelian. Kita kena rancang elok-elok untuk cantikkan rumah. Tak boleh nak main hentam je kan? Tak gitu? Untuk melihat lebih banyak perabot-perabot awesome dari Rozel, anda boleh layari www.rozel.com.my