Lelaki Tampan Sanggup Jaga Jiran Hidap Leukimia

  • Print
  • Email
Details

Published on Friday, 17 February 2017 13:51

SEORANG aktor telah melakukan sesuatu yang sepatutnya dipuji apabila sanggup menjemput dan menjaga jirannya yang sakit tenat akibat leukimia untuk menetap bersamanya di rumahnya di Los Angeles.

Chris Salvatore, 31, menjaga jirannya, Norma Cook, 89, selepas warga emas itu menghentikan rawatan leukimia yang dialaminya itu.

Norma, yang merupakan bekas pereka hiasan dalaman bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir pada pagi semalam.

Chris ketika menyampaikan berita sedih berkenaan dalam Facebooknya berkata, kasih sayangnya terhadap Norma tiada sempadan malah warga emas itu telah menunjukkan makna sebenar Hari Kekasih.

Dia mengenali Norma kira-kira empat tahun lalu selepas berpindah ke kawasan yang didiaminya kini dan mereka kemudiannya menjadi rapat, malah Norma memanggil Chris sebagai `cucu’.

Norma disahkan menghidap leukimia sejak 10 tahun lalu dan Chris juga telah membantu memungut kira-kira $30,000 untuk kos rawatan wanita itu.

- mynewshub.cc