Lee Min Ho Keluar Single Baharu Selepas 2 Tahun

AKTOR Lee Min Ho membuat kejutan apabila mengumumkan akan melancarkan single terbaharu selepas dua tahun tidak aktif sebagai penyanyi.
Soompi melaporkan lagu yang berjudul Always itu akan diperdengarkan buat pertama kali dihadapan peminatnya pada acara The Originality of Lee Min Ho yang berlangsung pada Ahad (hari ini).
Always menceritakan tentang kebahagiaan dan ucapan terima kasih kepada para peminatnya yang sentiasa menyokong kariernya selama ini.
Single berkenaan akan dilancarkan secara digital di seluruh dunia pada Mac depan.
Min Ho sebelum ini pernah tampil dengan sebuah lagu berjudul The Day pada 2015.